Inisiatif Jalur Lebar adalah satu usaha untuk mencapai matlamat murni Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak untuk memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara ekonomi berpendapatan tinggi yang mana rakyatnya berpengetahuan luas dan inovatif. Ia merupakan strategi untuk membangunkan infrastruktur jalur lebar ke seluruh negara dan meningkatkan penggunaannya bagi mencapai sasaran 75% penembusan jalur lebar isi rumah pada akhir 2015.
Pelbagai usaha sedang digiatkan melalui Program Kesedaran dan Promosi Jalur Lebar Nasional untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan jalur lebar kepada semua. Melalui program ini, rakyat diberi pendedahan tentang faedah-faedah melanggani jalur lebar. Sesungguhnya jalur lebar memperkayakan kehidupan kita sama ada semasa berehat di rumah, bekerja atau bermain. Kerajaan akan terus mempertingakatkan usaha dengan melaksanakan pelbagai strategi bagi membudayakan pengunaan jalur lebar dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) supaya menjadi sebahagian gaya hidup rakyat.
KUNJUNGI KARNIVAL JALUR LEBAR 1MALAYSIA PADA 6 - 7 JANUARI 2012 BERTEMPAT DI JERTEH SOUQ, TERENGGANU

KARNIVAL JALUR LEBAR 1MALAYSIA 2011/2012 ANJURAN KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN (KPKK) DENGAN KERJASAMA SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM) AKAN DIADAKAN DI 6 LOKASI IAITU PAHANG, PERAK, JOHOR, TERENGGANU, SARAWAK DAN SABAH BERMULA PADA OKTOBER 2011 SEHINGGA JANUARI 2012.
Pelbagai acara menarik menanti pengunjung karnival, antaranya pempamer terdiri daripada penyedia perkhidmatan jalur lebar, agensi Kerajaan Pusat dan Negeri serta pengeluar perkakasan dan perisian ICT . Selain itu, turut diadakan Pertandingan Konsol Guitar Hero , Pertandingan Konsol Nintendo Wii Sports , Cabaran Permainan Dalam Talian: Go Kart, Batu Seremban, Animasi Mania, Persembahan kesenian / artis.
Pelbagai hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi melalui aktiviti-aktiviti seperti pertandingan karaoke, pertandingan melukis, pertandingan mewarna, cabutan bertuah dan persembahan badut yang pasti membuatkan pengunjung semua terhibur.
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN KARNIVAL JALUR LEBAR 1MALAYSIA.